Khamis, 14 Disember 2017

12dec2017
1pagi

Aku sudah bersedia utk esoknya siang bersiap segala perancangan untuk ke hospital likas untuk buat pemeriksaan kesihatan untuk punya anak sekali lagi utk yg keduanya kali ingin hamil buat adik kepada bambam.. kemudian adalah terlintas dalam hati ingin sambut hari ulang tahun diluar bersama suami dan anakku bambam dan selebihnya buat dirumah mummy..atau mungkin hantarkan mummyku kek dan kfc kerana aku rasa xhappy masih dgn adik bungsuku yg perna berselisih faham dgnku dulu.
Baju dan tudung sudah kemas gantung untuk esoknya..
Tetiba hati bingung melihat jam dinding..suamiku xpulang masih..
Dengan anakku ketiduran betul.. tetiba dengan hening sunyi bilik ada panggilan masuk dan  wajahku kehairanan kerana pikirku suamiku yg call.. tapi number itu tiada dikenali..
Tenang saja aku angkat..panggilan itu. Tanpa salam dimulakan yg hanya bersuara seorang wanita bernada sedih katanya "kak aku minta maaf klw aku ada salah sama kakak.." aku balaslah "siapa ni?" Jawabnya "kak norizs ni kan"... terus aku balas cepat.."ya ..kenapa ya. Salah apa..siapa ni???" Terus diletak pangilan tu...
Aku mula merasa bingung dan cemas sambil terasa diumban cemas terasa seolah ada yg xkena..mustahil aku ada musuh.. atau suamiku berbuat hal.. tidak mungkin suami aku selingkuh.
Tanpa sabar aku save number itu takutku terhilang..takut xdapat dikesan nanti fikirku. Terus aku jejak guna number melalui facebook wassup termasuk imstagram.
Ternyata semua siasatanku org yg sama..izzani namanya.
Tetiba suamiku sampai rumah.. terus bersahaja aku cuba tenang..untuk tidak ketara marahku yg hanya perasaanku ja mungkin. Wlwpun pikiranku berkata "mcm perna aku jumpa ni perempuan" "mustahillah dia..dia kan kazennya suamiku..tapi kenapa mahu minta maaf.. apakah kerana lupa belikan madu lebah utk bam..bingung aku..cemas terus.
Suamiku belum sempat masuk bilik aku segera siasat melalui hp suamiku pula. Ternyata tiada dalam wassup.. ada nama kelihatan (ijakazen). Sekali tekan lagi jelas tak kena save nama atau detail. Sekali masuk fb suami.. fb izzani dalam block list. Berfikirku kenapa ..pasal apa.. terus saja suami masuk bilik. Soalanku cemas padanya.. tanyalah siapa ija kazen..yg mana satu dia itu..tanya semua satu persatu..byk ygkedengaran berputarbelit. Macam firasatku suamiku berbohong. Bermatian bersumpah nama tuhan lagi..itu kazennya. Lepastu kami mula bergaduh seiring  cubaan bohongnya tak ada henti dan aku mula tak percayah sehingga bermacam caraku untuk cungkil kebenaran .
Terus wanita itu beranikan diri hubunggi aku semula setelah puas kami bersoal jawab di facebook. Dari kenyataannya itu jelaslah suamiki berpura bujang padanya.selama 6bulan kononnya dia tak tahu ada isteri anak..bermatian katanya mahu number aku dari suamiku..tapi tak diberi. Sehinggalah satu mlm tu dia call suamiku..aku ada bg number aku padanya xsilapku..tapi masa tu sehingatku dia kazen nya suamiku.
Ya Allahswt...sungguh halus dan adil.. segalanya jelas sudah berbukti..masih lagi suamiku tak akun bersalah..hancurnya hatiku..tak dapat aku ceritakan semua kejadian mlm malang ini..seperti jiwaku tiada dlm badanku lagi ku rasa.. mana aku kesiankan anakku..mana aku terluka oleh ayah anakku ini.. pada hari kelahiranku..semua kebemaran dan kehancuran tercetus..
Jatuhnya airmata aku tak ada henti sedangkan suamiku mampu tidur lena disudut hujung pamdanganku.. anakku pun tidur lena.. hanya aku yg berteman airmata kebencian..
Ya allah ampunkan dosaku yg lalu..inikah karma....ya allah t.kasih kerana hadiahkan aku kebenaran diharijdiku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan